Sirim tawar teknologi lupus sisa makanan

KUALA LUMPUR 23 Julai Agensi kualiti dan penyelidikan industri utama negara, Sirim Bhd. (Sirim) komited menyokong kelestarian alam sekitar dengan menawarkan teknologi pelupusan sisa
makanan melalui sistem pencernaan anaerobik. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, Prof Tr. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, sistem itu mampu menjana biogas daripada sisa makanan yang dirawat dan seterusnya ditukar kepada tenaga elektrik untuk kegunaan setempat.

Source: Utusan Malaysia